TAKDIR ITU MILIK AKU - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

21 April 2015

TAKDIR ITU MILIK AKU

Review Novel Takdir Itu Milik Aku


novel, takdir itu milik aku, siti rosmizah, review

Sinopsis belakang buku


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. 

Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka. Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya. 

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi. 

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

RUMUSAN DARI KAK GOJES

Seperti biasa, novel SR memang tebal dan berat. Ekceli KG lebih suka novel yang kurang tebal dan tidak berat. Kebaikannya kalau nak bawa novel masa kursus ke atau ke mana-mana boleh la muatkan dua tiga bijik novel. Ni kalau dah tebal macam novel Siti Rosmizah memang nak bawak dua pun fikir berkali-kali, last-last tak bawa novel langsung.
Okeylah, tebal pun novel SR memang best, Yang tak bestnya menyakitkan hati...bab yang watak utamanya tahan aje kena buat itu ini..kena maki..adoi la dah macam cerita sinetron la pulak. Okey KG tak nak rumus panjang-panjang. Kalau nak tahu baca sendiri la novel tu k...
Kbai






15 ulasan:

  1. Balasan
    1. cepat2 baca nani...ada kawan KG sakit ati

      Padam
  2. dh lama tak baca novel sejak busy ni.. setahun rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eny baru setahun...KG selepas hampir tiga tahun baru tahun ni baca novel balik

      Padam
  3. dah baca novel ni.. personal opinion,, terlalu ekstrem.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..kan...
      ekceli lain pembaca lain pendapat kan..tp memang sakitkan ati aje la

      Padam
  4. Serius kena berfikir dengan mendala novel SR kan KG? Haish. Sha kalau nak naca novel SR kena amik cuti seminggu, hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah..seminggu okey lagi sha...KG sekarang boleh2 sebulan baru abis baca...aku yg dulu bukanlah yg sekarang...dolo2 boleh la satu malam abis dua buah buku di baca...sekarang haram sebuah pun tak abis

      Padam
  5. sedey novel ni... bace tentu nanges.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg pasti sakit hati tetap menerpa di hati pembaca

      Padam
  6. sy suka semua novel sr..best best best..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. novel SR memang best...cumanya...tebal amat..hihih

      Padam
  7. Cc pun suka baca novel tulisan Siti Rosmizah. Suka dgn corak dan jalan cerita yang diketengahkan beliau

    BalasPadam
  8. sy baca novel ni dah lama. menangis2 baca. emo lebeyyy. haha

    BalasPadam
  9. hmm, saya dah lama x layan novel melayu. last rasanya masa form 5. lepas tu beralih pada novel english pula

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...