SENARAI PRODUK HARAM - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

16 April 2015

SENARAI PRODUK HARAM

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

babi, lemak babi, haram,halal, produk, jakimhalal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi ini KG terbaca satu mesej panjang di Group (Whatssap) mengenai senarai barang yang ada lemak babi. Jujur KG baca sampai habis mesej tu. Rasanya tak perlu la di printscreen kan. KG ni jenis kalau dapat mesej yang berbaur amaran, hasutan dan yang sewaktu dengannya, laju aje KG google. Ini lagi ada laman web disertakan. Google punya google....benda yang dimaksudkan dalam mesej tersebut bukannya ada. Bukan laman web halaljakim pun senarai yang diberikan tiada dalam laman tersebut.
KG tak puashati lagi, KG google lagi dan jumpa page SAHABAT HALAL yang mana mesej yang KG terima dalam group sebiji sama dengan kenyataan di page tersebut. SAMA bukan bermaksud BENAR ya...SAMA isi mesejnya dan diakhir mesej tersebut ada link diberikan bahawa MESEJ TU FITNAH semata-mata. Kan...tak baik la memfitnah.

Kesimpulannya di sini, sebelum share apa-apa maklumat yang kita dapat dari media sosial ker...sistem pesanan ringkas ker..Whatsapp, wechat telegram dan yang sewaktu dengannya, silalah pastikan KESAHIHAN maklumat tersebut. Korang ingat dengan copy kemudian paste ke group lain (whatsapp) tu menunjukkan korang pintar la konon?Pintar dalam bodoh KG gelar. Korang sendiri belum tahu betul atau tidak, laju aje bagi dengan orang lain. Ajak orang lain sama jadi PINTAR DALAM BODOH

Okey la..sekian dulu...lepas ni jangan lagi suka sebar sebelum cari kebenarannya ya. Peringatan buat semua...

5 ulasan:

  1. Selalu macam tu lah. Sebarkan segala benda , rupa2nya semuanya palsu.. ish3.

    BalasPadam
  2. Betul KG. Kalau nak sebarkan ape-ape maklumat, kita bertanggungjawab untuk pastikan kesahihan maklumat tersebut. kang tak pasal-pasal dah sebarkan fitnah. Hadoi.

    BalasPadam
  3. kebiasaan saya check terus dengan Portal Halal JAKIM

    BalasPadam
  4. skang ni macam2 nak buat fitnah.. teruk betul. terkejut dah saya tadi nampak sardin tu. nasib baik....

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...