RAHIM JATUH, PUNCA DAN CARA MENGATASINYA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

13 April 2015

RAHIM JATUH, PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

RAHIM JATUH, PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

PROLAPS UTERUS, rahim jatuh
Kredit to SuhilaComel

Rahim jatuh atau kata lain peranakan jatuh (prolapse) merupakan masalah yang ditakuti mana-mana wanita termasuk KG la. Selepas bersalin anak ketiga secara caeseran dan kini sudah masuk 4 bulan lebih, masalah sakit pinggang dan sakit semasa membuang air kecil sentiasa berulang. Masa minta urut hari tu, tukang urut tu bagitau 

"peranakan kau di bawah" 

"maksudnya apa?" 

"Rahim kau jatuh, sebab tu kau mau kencing pun rasa sakit dan pinggang pun sakit-sakit" 

"tak boleh urut bagi naik ker?"

"Boleh, masalahnya kau tu bersalin bedah, mana boleh urut selagi tak cukup tempoh setahun"

Maka KG pun tarik nafas kehampaan. Takkan lah selama setahun sengsara bila nak buang air kecil dan pinggang ni biar sakit sepanjang tahun. Memang menjadi masalah sangat sebab KG punya sistem perkencingan terganggu(amboi sistem  la sangat). Biarpun belum sampai ke peringkat yang teruk tapi azabnya sekarang pun sudah terasa.

Dan...disebabkan berurut pun tidak boleh, KG mencuba senaman "kagel". Tujuannya untuk menguatkan otot lantai pelcik. Lagipun senaman ini mudah dan boleh dilakukan di mana-mana saja tanpa perlu ke gym! heheheh. Caranya seperti korang menahan kencing. Buatlah selama 5 saat (seperti menahan kencing) dan lepaskan selama 5 saat. Ulang lagi dab buatlah sebanyak 10 kali atau sekerap yang korang mampu. Mudah-mudahan dengan ini boleh membantu mengurangkan masalah KG.

Kalau korang ada cara lain untuk merawat peranakan jatuh ni, boleh la berkongsi dengan KG


Pssttttttttt: KG adalah Kak Gojes ya...bukan kilogram..bukan juga kampung atau apa-apa juga yang lain...

Sekian dulu.




7 ulasan:

  1. haha KILOGRAM,..ada yg silap meh??

    ..ada sistem perkencingan..hebatla KG. semoga dpt penyelesaian kpd masalah.

    BalasPadam
  2. sabar yg KG. insyaAllah. pasti ada penawarnya :)

    BalasPadam
  3. "sistem perkencingan"....hehehehehe... :p

    BalasPadam
  4. chaiyok2 buat senaman kagel tu :)

    BalasPadam
  5. rahim jatuh, takut gak kan..biasa jadi kalau lepas bersalin sbb tu selalunya mak-mak kta suruh pegi urut..

    BalasPadam
  6. owh senaman ni baik untuk wanita ya.

    KG tu Kak Gojes ya.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...