CARA NAK MINTA KAWAN BAYAR HUTANG - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

04 April 2015

CARA NAK MINTA KAWAN BAYAR HUTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ahkak nak menghambur rasa...

Pertama... bila ada seorang kawan yang baru saja dikenali dan ahkak nampak kebaikan diwajahnya, maka berat untuk ahkak tidak membantu bila dia minta bantuan. Tapi bila sekarang sudah nampak wajah sebenarnya, bertapa hancurnya hati ahkak. Menyesal berjuta kali pun rasanya tiada berguna. Ingin dibalikkan masa pada saat mula kenal kawan tu. Tapi bila fikir guna akal, ya...ahkak terima takdirNYA. 

Betul pepatah orang putih "Dont Judge a book by its cover" (erk..betul ker tu?). Mata ahkak tertipu sebenarnya. Tapi apa boleh buat sudah berlaku, terima saja la. Hati selembut kapas agaknya ahkak ni...kapas yang halus manis tu...kalau dimakan cair dimulut tu. Orang minta hutang barang pun kita iya kan aje sebab dia janji bayar hujung bulan. Sekarang dah awal bulan...hutang tak bayar lagi. Dengan beraninya ahkak tagih melalui mesej whatsapp...dia suruh tunggu dua tiga hari lagi. Sudah tunggu dua tiga hari, ditagih lagi...dia suruh tunggu lagi. Sedih tau..sebab ahkak pun nak guna duit juga.

Jadi sekarang..macamana lagi nak tagih hutang supaya kawan bayar? Ni tanpa selindung ahkak mesej nak guna duit segera pun, boleh pula dia suruh tunggu. 

Kan...kita bantu kawan bila dia susah...tapi bila kita susah, adakah kawan tu peduli kesusahan kita sebagaimana kita peduli dengan kesusahan yang dia alami? Ada..tapi tidak semua. Nasib la ahkak digolongan yang ADA(peduli dengan kawan yang dalam kesusahan). Sedihnya, bila kita susah...seperti kau hidup keseorangan di Pulau tidak berpenghuni.

Mudah-mudahan Allah SWT bukakan hatimu kawan untuk lunaskan hutangmu. 

Ekceli ni bukan entri ajar untuk kutip hutang yer.. Kalau google banyak cara diberikan termasuk berterus terang menagih hutang. Ada juga yang ajar tagih hutang dengan sindiran...tapi ahkak tak pakai semua tu. Sebab tu beranikan jari taip mesej tagih hutang. Kita yang malu sebenarnya nak menagih...sepatutnya yang ditagih la yang ada perasaan malu tu...kan.

7 ulasan:

  1. pcl dah lebih 10 tahun menuntut hutang tak juga berhasil..janji manisnya.tggu dan tggu lagi sampai dia akan bayar..nilai Rmnya banyak tu sebab tu kena mintak...dan dia bukan orang susah harta tapi susah nak tepati janji..mau panggil ayahanda kawasan je ..kasi pengajaran! KG ada doa pelembut hati org nk bayar hutang?

    BalasPadam
  2. tggu dan tggu lagi sampai dia akan bayar..nilai Rmnya banyak tu sebab tu kena mintak...dan dia bukan orang susah harta tapi susah nak tepati janji..mau panggil ayahanda kawasan je ..kasi pengajaran! KG ada doa pelembut hati org nk bayar hutang?

    BalasPadam
  3. Hehehe kak Lya ada jugak mintak cara baik tak bagi tanya kat SMS tak layan tanya kat Whatsapp seen jer tak layanpastu BLOCK kita tuuu..Pastu htr surat tak layanpastu jumpa kat pasar malam dgn barang yg dia beli berkepuk2 siaplari lagi tuuuu..Tak nak bayar ..Kejar punya kejar tak dannn...Sakit ati kita weyy masa nak kemain lagi anak sakit la anak nak guna duit la anak nak tu la nak ni la..Kesian punya pasal tlg la dia..Tup2 dah berjanggut tunggu tak jugak di bayarnyerr ... Apa kes huhuhu.. Singgah petang #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari

    BalasPadam
  4. Biasanya org yg bagi hutang lg segan nk mintak hutang dekat org yg berhutang kan?

    BalasPadam
  5. Itu memang kebiasaan yang berhutang susah nak bayar hutang. Ada satu cara supaya kita tidak rasa sakit hati.
    1 jangan bagi pinjam amount yg banyak
    2 semasa bagi pinjam niatkan seandainya peminjam ini tak mampu bayar aku sedekahkan saja.

    ARz juga hadapi situasi yg sama.

    BalasPadam
  6. zaman lani ramai kn org bertopeng kan ..... depan nmpk baik tapi hakikatnya...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...