RESEPI PAJERI NANAS - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

30 Mac 2015

RESEPI PAJERI NANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini ahkak kongsi resepi PAJERI NANAS. Ini bukan resepi ahkak ya, oleh sebab ahkak suka makan pajeri nenas maka ahkak copy paste resepi ini dari FB. Selain untuk simpanan dan rujukan sendiri, boleh juga kongsikan dengan sesiapa yang suka makan pajeri nanas...

Jom tengok resepinya



Bahan-bahannya :
● Sebiji nanas sederhana besar
● 5 biji bawang merah*
● 2 biji bawang putih*
● 1" halia*} dimayang
● segenggam udang kering direndam sekejap dgn air panas dan toskan
● 1 sk halba+biji sawi
● 3 cm kulit kayu manis
● 5 sb rempah kari Baba`s(digaul dgn sedikit air)
● 3 cwn santan pekat (dr sebiji kelapa)
● 2 sb gula pasir
● 3 sb kerisik
● garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Buang kulit nanas dan potong kecil kemudian dicelur sekejap.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kulit kayu manis, halba, udang kering, kacau sehingga naik aromanya.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan nanas diikuti kerisik, kacau supaya rempahnya tak melekat pada kuali.
5. Masukkan gula dan sedikit garam, masak sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak.

Sedia untuk dihidangkan

2 ulasan:

  1. Kak Lya suka sangat ni KG ..Dulu mak ngan tok selalu buat tapi dah lama tak buat pajeri nanas ni..Rindu plak bila tgk pajeri nanas KG nie... Hehehe sedapp tuuu..Nanti ada masa nak la buat jugakpajeri nanas yang awesome ni..Jemput makan jemput makan ..hehehhe .Singgah dari #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari

    BalasPadam
  2. Pajeri ni saya kurang sikit. Tapi pernah makan

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...