SLOT AKASIA TV3 BILA HATI BERBICARA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

28 Oktober 2014

SLOT AKASIA TV3 BILA HATI BERBICARA

      
Kredit to : INFOTAIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Slot Akasia TV3 petang ini 28 Oktober 2014 akan memulakan siaran drama baru yang juga hasil adaptasi sebuah novel. Novel bertajuk BILA HATI BERBICARA  karya Antasya Balkis. Ahkak pernah baca novel ni tapi lupa dengan jalan ceritanya. Selepas Maaf JikaKu Tak Sempurna menamatkan sirinya malam tadi..malam ni ahkak cuba melayan balik slot akasia ni. Hihihi...
Jom kita layan ...best atau tidak....

JUDUL : Bila Hati Berbicara
TARIKH : 28 Oktober 2014
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Amie Maziah
NOVELIS : Antasya Balqis
TERBITAN : Suhan Movies / Buku Prima
PELAKON : Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif


Sinopsis Belakang Buku
EMIR Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...