PETUA: Anak Cepat Bercakap - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

29 Oktober 2014

PETUA: Anak Cepat Bercakap

Kredit : Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai..hai..hai...semakin dekat nak tarikh bersalin semakin rajin ahkak buka belog. Semangat bercuti membuak-buak sebenarnya. Okey, hari ni ahkak kongsi petua dari seorang kakak senior di tempat kerja. Sebenarnya kakak tu yang bagi petua ni dan ahkak memang dalam diam mencuba petuanya untuk tahu sejauh mana keberkesanannya.(memula memang tidak percaya...sebab tu mencuba secara senyap)

Okey la sebelum tu, kalau ada yang kurang berkenan dengan petua ni mohon maaf ya. Sila abaikan. PELAT...memang banyak kita jumpa dikalangan kanak-kanak 5 tahun ke bawah... ada juga yang ahkak jumpa 5 tahun ke atas anak masih pelat. Tapi tidaklah pulak ahkak tegur dengan si ibunya. Ada juga yang ahkak nampak cara ibu atau bapa yang melayan anak kecil mereka berbual dengan bahasa anak-anak. Maksud ahkak bahasa anak-anak:

Makan = Momom/mamam
Sakit = atit/tatit

Dan banyak lagi la. Sepatutnya tidak perlulah ikut bahasa anak-anak jika mahu anak kecil kita tidak pelat. (itu pendapat ahkak la) sebabnya ahkak tidak menggunakan cara begitu tapi guna perkataan yang betul selain mencuba petua yang kakak senior bagi tu. Nak tahu apa petuanya?

Petuanya .. kucup bibir bayi kita dari kecil. Percaya atau tidak, ahkak memang buat. Kesannya? Dua orang anak ahkak tidak pelat dan lancar berkata-kata. Cuma.... yang ahkak perasan, kedua-duanya petah bercakap (celupar dalam erti kata lain cakap terus terang depan orang). Kadangkala ahkak dan suami malu dengan kepetahan anak-anak bercakap. Apapun, syukurlah bila anak-anak bercakap ahkak dan sesiapa mudah faham. Amacam? berani mencuba? terpulang sebenarnya...dan ikut kepada petua yang kita diberi. Kakak senior yang bagi petua ni memang amalkan untuk anak-anaknya yang tujuh orang, dia berbangsa jawa+dusun. Ahkak pun berbangsa yang sama...ops...

orait, sampai sini saja dulu ya...kalau ada petua korang bolehlah share di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...