Pray For Gaza - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

11 Julai 2014

Pray For Gaza

Kredit :Utusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam Ramadhan ke 13 buat semua rakan blogger yang menunaikan ibadah puasa. Hurm..hari ini baru terajin menaip entri baru. #Prayfor GAZA. Sebelum membaca entri ini...akak harap jangan la ada sesiapa terus melatah, marah atau apa-apa ya...ini sekadar pandangan dari manusia yang yang simpati pada saudara kita di GAZA sana. Kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman. Sekurang-kurangnya ada rasa kemanusiaan di hati kita biarpun kepercayaan kita berbeza.

Selepas apa yang yang disiarkan di kaca TV tentang saudara kita di bumi Gaza, akak sebenarnya tidak mahu memberikan apa-apa pandangan. Tapi bila baru sebentar tadi terbaca status di FB seorang rakan maya yang cuma dikenali di laman sosial.



Akak tertanya sendiri maksud status rakan tersebut. Dan bila akak google...ianya lebih kepada maksud yang terkandung dalam anutan atau kepercayaan  mereka. Apapun ...hak bersuara milik semua. Bila menggoggle berkali-kali, akak jumpa la pautan dari utusan tu.

Ya...ada betulnya...sebab masa sekolah dulu ada belajar pasal kisah nabi-nabi ni. Memang ramai dari bani Israel dikalangan nabi-nabi. Terus terang juga la...ada rasa sakit hati dengan apa yang sesetengah orang UP di Status FB mereka. Biarpun tidak secara terangan mereka memperkatakannya tapi jika diselami maksudnya...korang akan tahu sendiri.

Okey la...ini entri luahan hati serta pandangan kecil dari akak aje...jangan kecoh jangan buat ribut...Kita sama-sama doakan agar Allah SWT tunjukkan kebenarannya. Bukan sesama manusia yang berlagak tunjuk siapa benar siapa tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...