AURAT ITU SUBJEKTIF - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

13 April 2014

AURAT ITU SUBJEKTIF

alt
Kredit to : AR RISALAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hamboi..hamboi... beberapa hari ini ahkak asyik terganggu dengan kisah si Fizo Omar dengan isterinya tu Si Mawar. Rupanya taukeh tudung Fareeda erk...maaf la ahkak ketinggal berita sikit. 

O ya...pasal tudung fareeda ni memang dari dahulu kala ahkak kurang berminat dengan tudung ni. Tengok orang pakai memang ahkak suka tengok...tapi membayangkan diri memakai tudung ni..alahai..rasa seperti langsir la. Kedut-kedut dia tu macam ropol langsir la pulak. Tambahan lagi singkat sangat tudung ni..sudahlah harga pon mahalnya mak ngah! Alahai...kata si Mawar "tengok kemampuan diri yer...." ahkak memang tengok kemampuan pun. Yang ahkak mampu pakai tudung bawah rm20 aje. Setakat ni paling mahal ahkak beli tudung bawal rm30. Pertama dan terakhir beli tu. Seterusnya membeli online shawl yang harga rm12 jer. Itu pun ahkak dah tak pakai sekarang sebab kembali memakai tudung 4 segi tu. Tudung fareeda ni ..tak da selera ahkak nak beli...hihihi.

Semalam terbaca pasal kenyataan Fizo "Aurat itu Subjektif"..ops...first time ahkak baca kenyataan pasal aurat itu subjektif. Biasa baca Kecantikan itu Subjektif. Ya..mungkin pada si Fizo ni... asal bini dia bertudung dan tidak berpakaian singkat maka sempurna la auratnya ditutup. Dia kata juga tapak tangan pun aurat juga dan perlu ditutup. Memang pon. Tapi kan...pada pendapat ahkak..biarpun bini dia bukan jual skirt pendek...jika dia jual tudung dan tudung itu pulak bukan mementingkan penutupan aurat (dada) hanya mementingkan komersial saja, bukan kah secara tidak langsung dia mendapat rezeki tak berkat hasil jualan tudung yang semata-mata untuk berfesyen?...ops...apa ahkak taip ni...silap taip kut. Okey la...baik ahkak stop la...nanti benggang lagi...F&M..

Sekian dulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...