Resepi Kek Carrot - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

12 Februari 2014

Resepi Kek Carrot

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum ni ahkak pernah buat Kek Oren dan Kek Labu. .yang ni baru nampak resepi Kek Carrot. Kaler dia sebijik macam kek labu dan Oren. Kalau rasa Kek Labu memang sangatttttt sedap...agaknya kek carrot ni macamana rasanya ya... Wah ahkak teruja mahu mencuba...Tapi kan..nafsu mahu mencuba memang membuak-buak...namun kemalasan telah memenangi dengan menguasai ahkak dari membuat kek Pisang Kukus ari tu..hohohoh

Apapun..jom kita cuba sama-sama resepi Kek Carrot...

Photo: Kek Carrot 

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
Boleh letak kacang walnut kalau suka (saya tak letak)

Cara Buat:

Panaskan oven pada suhu 170 C. Sapukan sedikit minyak pada loyang kek.
Campurkan tepung, serbuk kayu manis, dan garam. Ayak kesemuanya.
Pukul telur dan gula sehingga sebati.
Kemudian, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
Masukkan vanilla dan parutan carrot, kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek.
Bakar lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.

Kek Carrot 

SUMBER: FB RESEPI BONDA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...