Pisang goreng bukan goreng pisang - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

04 Februari 2014

Pisang goreng bukan goreng pisang


Pisang goreng yang ahkak masak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah tak korang guna ayat guna "Goreng pisang..."? Contohnya, "Aku suka makan goreng pisang makcik Senah tu la..." Haaa...ahkak selalu dengar kengkawan lama dan baru guna "goreng pisang". Fikir punya fikir...sebenarnya tak perlu fikir pun kita boleh tahu kesalahan ayat tu kan. Amboi...ahkak jadi guru bahasa la pulak. Ini hanya pendapat sahaja okey...

Pendapat ahkak...

Goreng Pisang adalah kata kerja dan bukan merujuk pada sebijik kuih. Sebabnya pisang tu kau kena kupas kulit, hiris nipis-nipis dan masukkan dalam tepung yang dah dibancuh. Kemudian panaskan minyak masak dikuali. Sudah panas, kau dah boleh masukkan hirisan pisang yang bersalut tepung tadi. Hah..tu namanya kau sedang goreng pisang. Goreng Kuih Pisang. heheheheh... Lepas tu, sudah masak hah kan dah siap Kuih Pisang Goreng tu..hihih..(ops..kau faham ker apa ahkak taip ni? kalau tak faham buat-buat faham la...)

Akhir sekali...ahkak cuma rasa pelik bila ada orang guna ayat GORENG PISANG untuk menunjukkan kuih. Asal suruh beli kuih.."Belikan aku Goreng Pisang ya.." memang la ahkak faham maksudnya kuih pisang goreng....huhu..Isk...ini bukan isu. Sesaja buat sebagai entri. I have no idea...

Sekian dulu...wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...