Pelancong Jerman Jatuh dari Puncak Gunung Kinabalu - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

12 Februari 2014

Pelancong Jerman Jatuh dari Puncak Gunung Kinabalu



KREDIT : SABAH PARKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa hari yang lalu (10b Feb 2014) satu insiden berlaku di Puncak Gunung Kinabalu. Ahkak yang selama ni duduk dekat dengan Gunung Kinabalu ni merasa terkejut dengan berita yang dikhabarkan. Pelancong Jerman maut jatuh dari Puncak Gunung Kinabalu. Mula-mula dengar khabar rakan-rakan, hati ahkak tertanya-tanya bagaimana boleh jatuh? Bukankah sudah ada amaran dan pagar di atas sana?

Tengahari tu jugak, asben ahkak dan beberapa orang rakan staff  kena panggil untuk bantuan kecemasan di Gunung Kinabalu. Sebenarnya tambahan tenaga staff. Dalam jam 7.30 malam baru asben balik. Kepenatan.  Soalan ahkak " macamana la wajah tourist tu?" Asben jawab " Eh..kami mana berani tengok. Sampai saja, terus bantu angkat tu mayat.." Dalam hati ahkak...kenapalah asben ahkak tak tengok kan. Dan malam tu juga tidur asben tidak tenang. Besoknya asben gitau. Ahkak cuma cakap " sepatutnya D tengok jak la muka mayat tu..baru tidak terfikir-fikir"

Rupanya si mangsa keluar dari kawasan berpagar(LARANGAN). Ahkak memang pernah mendaki dan pernah jenguk ke cerun curam tu...gayat la. Tetiba pening. Kita yang berada di dalam kawasan berpagar merasa ngeri..apalagi mau keluar dari kawasan berpagar tu. 

Apapun...semua tu mungkin ajal si mangsa. Kawan-kawan blogger yang berniat hendak mendaki gunung Kinabalu, janganlah pulak rasa takut ya bila dengar berita begini. Sebenarnya setiap kumpulan pendaki akan ada dua atau lebih malim gunung yang mengiringi. Sebelum bertolak mendaki, briefing diberikan. Jadi..segala apa yang disampaikan sila dengar dan patuhi, jangan suka-suka buat itu ini tanpa pedulikan teguran malim gunung. Silalah hormati malim gunung anda. Mereka terlatih. Tetapi jika korang sendiri yang degil...susahlah.

Okey la...sekian dulu.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...