Cucur Sayur - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

25 Januari 2014

Cucur Sayur

Gambar by hp kakgojes

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama ahkak tidak kongsikan resepi kuih kan. Okey..kali ni kuih Cucur Sayur beraksi di blog.

Bahan-bahan

Tepung gandum
Sayur kubis
Bawang besar
Taugeh
Garam secukupnya
Ajinomoto sedikit
Telur sebiji

Caranya

Sayur Kubis dan bawang besar dihiris halus. Tepung dimasukkan ke dalam bekas dan letakkan gara,ajinomoto serta sedikit serbuk kunyit (bagi yang suka kaler kuning).Campur dengan air suam (sebelum ni ahkak guna air sejuk tapi mendapat petua dari KAKAK untuk gunakan air suam) Gaul hingga sebati.Masukkan telur dan gaul lagi. Lepas tu masukkan la segala sayur-sayur tadi. Kalau korang tak suka sayur tu..boleh cuba sayur lain. Lobak pun boleh jugak...hihi...

Adunan mestilah tidak cair dan pekat sangat. Acuan khas memang tiada ya...ahkak guna senduk sup steel untuk dapatkan bentuk macam mangkuk tu.. Kalau yang tiada tu boleh terus masak sebiji-sebiji.

P/s: Air suam tu untuk buat cucur kita tak liat bila sudah sejuk. Dan ahkak akui memang tidak liat selepas menggunakan air suam berbanding sebelum ni..guna air sejuk..masa panas sangat la rangup..bila sejuk liat macam chewing gum.

Okey...Cuba la. Cucur ni sedap dimakan dengan sos cili masa minum petang. Cuba..jangan tak cuba ya...

Sekian dulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...