RESEPI BURGER MALAYSIA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

14 Disember 2013

RESEPI BURGER MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Mesti ada yang sibuk mencari resepi untuk minum petang kan. Huhuhu...ahkak ni memang sudah biasa petang wajib la buat milo dan ada kuih atau biskut untuk dimakan. Anak-anak dan suami terjangkit sama. Takkan minum sorang-sorang...anak-anak dan suami melongo aje tengok ahkak minum.Heheheh...Burger Malaysia ni juga dikenali Burger Kampung...

Ha..jom kita try petang ni k...


BURGER MALAYSIA
KREDIT: FB Resepi Bonda






Bahan-bahan

Untuk sambal :

2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (bakar)
10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
½ cawan ikan bilis
2 sudu makan gula merah
½ cawan jus asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
Untuk doh:

250g tepung gandum
120ml susu/ air
2 sudu besar margerin
2 ½ sudu besar gula halus
½ sudu teh garam
2 sudu teh yis
½ 1kg minyak masak (untukmenggoreng )
½ biji timun ( dipotong nipis)
Cara :

Untuk sambal:
Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuningkuningan.
Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
Masukkan gula merah, gula pasr dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
Angkat dan ketepikan.


Untuk kuih:

Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6. Uli doh sehingga tak melekat.
Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Tumbuk tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus). Isikan dengan sambal bilis dan juga
timun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...