Donat Gebu - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

21 November 2013

Donat Gebu

Donat Gebu
Oleh:Sakura Daisy
SUMBER Resepi dan Gambar : FB Buku Resepi 

Bolehlah dibuat minum petang donat gebu ni...



Bahan:
4 cawan tepung gandum
1 paket yis
1 biji telur
3 sudu butter
2 sudu susu pekat manis
2 1/2 sudu besar gula pasir
3/4 cawan air suam
Gula caster untuk taburkan pada donut


Cara:

Larutkan gula dan yis dalam air suam kemudian biarkan sehingga yis naik (berbuih).
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam bekas dan digaul sebati.
Masukkan bancuhan air+gula+yis ke dalam bekas tepung sedikit demi sedikit.
Uli doh sehingga lembut.
Bahagi doh kepada 2 atau 3 bahagian dan canai mengikut ketebalan 1 1/2cm
Tekap menggunakan acuan donut, dan disusun di atas dulan yang telah ditabur sedikit tepung gandum.
Biarkan seketika adunan sehingga adunan kembang.
Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana.
Biarkan kuih sejuk seketika kemudian taburkan gula halus atau gula caster.

Uli sehingga tangan anda tidak melekat tepung, uli biar lama sehingga adunan betul-betul sebati dan lembut atau menjadi ringan.
Jika tiada guna bekas berbentuk bulat kemudian buat bulat di tengah-tengah.
Cara cepat nak gaulkan gula pada donut, masukkan gula ke dalam plastik bersih dan kering dan masukkan kuih kemudian di goncang-goncangkan plastik


Sebelum mengakhiri entri ni...rakan-rakan sekalian yang mencari PROGRAM BUAT DUIT ONLINE.. ahkak ada kongsikan di ENTRI NI


NOTA KAKI serta TANGAN: Resepi ini diletak disini sebagai rujukan ahkak. Ahkak dah bagi KREDIT dari mana ahkak dapat resepi ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...