APAM TEPUNG BERAS - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

23 November 2013

APAM TEPUNG BERAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua..selamat berhujung minggu. Sebenarnya ini entri berjadual. Hari ini ahkak out station ke Kota Marudu. Bengkel Photography. Tapi bukan ahkak yang jadi peserta, ahkak bertugas sebagai orang dapur aje. Ciannya kan...Tapi minat juga masak memasak kuih-muih ni...lauk-pauk staff lain yang buat. Ehehehehe...

Yang jadi pesertanya pun rakan satu jabatan juga...tidak apalah, janji kita ikut arahan aje.

Ha ni ada resepi Apam Tepung Beras. Ahkak sudah banyak kali masak apam ni..ada di entri-entri lepas(hahaha..malas nak bagi link) malas cari sebenarnya.

Yang ni sengaja ahkak letak sebagai rujukan balik. Jom kita cuba untuk hidangan minum petang. Sedap ni....  


KREDIT: FB RESEPI BONDA

APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan ( 5 org )

* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

PROGRAM BUAT DUIT ONLINE

NOTA KAKI serta TANGAN: Resepi ini diletak disini sebagai rujukan ahkak. Ahkak dah bagi KREDIT dari mana ahkak dapat resepi ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...