APAM MEKAR SODA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

22 November 2013

APAM MEKAR SODA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat petang... ahkak yakin korang semua yang bekerja mesti hati gumbira sebab hari ini HARI JUMAAT. Suka la tu. Ok...ni ahkak jumpa resepi lagi..Juga menarik minat ahkak untuk mencuba..warna-warni gitu.

Bah..apalagi..jom kita cuba ini resepi aaa...



KREDIT :FB RESEPI BONDA

APAM MEKAR SODA

Bahan :
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis
1 sudu teh ovalete
1 cawan air ais krim soda F&N -guna jenama ni je tau!
300g tepung gandum
beberapa titik esen pisang -untuk kurangkan hanyir telur
beberapa jenis pewarna yang disukai

Cara :
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
Titiskan esen pisang ke dalam adunan dan sebatikan.
Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
Sudukan adunan ke dalam cup saiz S (cup yang orang guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup. Jangan melimpah pulak.
Kukus dengan api besar selama 7 minit.


PROGRAM BUAT DUIT ONLINE

NOTA KAKI serta TANGAN: Resepi ini diletak disini sebagai rujukan ahkak. Ahkak dah bagi KREDIT dari mana ahkak dapat resepi ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...