TIPS: KOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

18 Oktober 2013

TIPS: KOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK

SUMBER : LIYANA MALEK

Peluang bercakap dengan ibu bapa sebenarnya amatlah menggembirakan hati kanak-kanak. Pendiam manapun anak-anak, mereka tetap mempunyai sifat semulajadi untuk berkomunikasi dengan anda.

Tapi, bercakap dengan anak-anak ada cara, gaya dan bahasa mereka. Mereka belum boleh untuk memahami apa yang orang dewasa selalu tuturkan.

Bagaimana idea untuk berkomunikasi dengan anak-anak?

1. Tanyalah soalan yang memerlukan pandangan anak-anak seperti, "Apa yang menarik berlaku di sekolah hari ini?". Soalan yang memerlukan jawapan YA atau OK mungkin boleh dikurangkan seperti, "Bagaimana sekolah hari ini?"
2. Fitrah manusia suka bercerita dan mengambil tahu hal orang lain. Bertanyalah perihal rakan karib anak-anak.
3. Membacakan buku untuk anak-anak sebelum mereka tidur.
4. Dengar apa yang ingin dibicarakan oleh anak-anak.
5. Bagi yang beragama Islam, minta anak untuk mengalunkan qamat dan berdoa selepas solat.
6. Amalkan komunikasi 2 hala antara anda dan anak-anak.

Moga perkongsian ini memberi idea kepada anda khususnya kaum bapa bagaimana untuk bersembang dengan anak-anak.


Pssst...ahkak copy paste di sini untuk rujukan diri serta sesiapa saja yang mahu membaca TIPS ini. Ahkak memang tertarik setiap kata-kata dari LIYANA MALEK setipa kali buka FB terbaca status beliau seperti memberi motivasi diri pada ahkak. Jadi apa salahnya berkongsi kan...atau korang boleh ke lama beliau sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...