Terukir Cinta karya Anna Lee - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

18 September 2013

Terukir Cinta karya Anna Lee

Tajuk yang lebih menarik:

Budak perempuan tercomot di dunia...

Gemuk itu CANTIK sayang-sayang....

 Gambar dipetik dari FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wah..lamanya ahkak tak bersiaran di blog. Malas..malas...malas..dan MALAS. Sebabnya line internet yang sangat LAJU (simbolik hokeyyy) Apapun belog ini sentiasa dihati ahkak.


Sebelum meneruskan lagi ni ahkak mau promot sekejap...



Novel Terukir Cinta ni ahkak belum habis baca pun. Bila mula baca...ada saja kerja...last-last buku dok diam-diam atas cpu..ahkak pulak buat kerja. O..kerja! Erm..kalau yang tidak minat baca novel tu, bolehlah beralih ke tajuk entri yang lain seperti PASAL KERETA IDAMAN MALAYA ker. Atau ada juga yang hanya suka menonton aje novel yang didramakan macam Novel bertajuk JODOH ITU MILIK KITA

Sinopsis Belakang Novel

Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan 

Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun 

bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal 

kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram. “Alah. Pandai-

pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran “Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama 

saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya 

apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang 

kebetulan lalu di situ. “Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia “O… key. Bila?” 

Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak

 serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa

 sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku 

selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta 

Audi yang ‘seksi’. “Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif “Tak. Mula-mula 

saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri 

kereta!”- Nadia Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan 

bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin

 lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu 

siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia 

mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya? 


Baca sinopsis memang menarik..tapi ahkak tak abis baca lagi...ngeeeeee. Ada hati mau beli novel baru lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...