Ujian apa Allah SWT beri ni??? - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

17 Julai 2013

Ujian apa Allah SWT beri ni???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dengan hati yang sedih...ahkak gagahkan jari menaip. Bukan membuka aib, tapi berkongsi kisah. Apalah sangat jika kau bukan menantu pilihan...atau mungkin bukan menantu yang baik untuk anak sulung orang. Biarpun tidak mahu berakhirnya begini..tapi agaknya sudah tertulis takdir ahkak begini.

Baru ahkak tau bertapa sakitnya ditinggalkan. Selalu layan drama dan novel saja pun sudah menangis. Ini bila sudah jadi pada diri sendiri, Ya Allah...baru ahkak tau apa yang orang lain pernah rasa. Baru sekarang timbul persoalan...kenapa Aku Yang dibagi Ujian ini olehNya? Sakit...

Tadi masa call mama...suara lembut mama sedikit menyejukkan jiwa wanita ahkak. Mama cakap.."Tuhan tidak bagi ujian pada insan yang Dia tidak sayang. Kalau kita diuji, dan dapat menghadapinya dengan tabah..maknanya kita lulus ujian. tetapi jika sebaliknya, maknanya kita gagal. Sabarlah..ingat Allah SWT...ingat diri kau, Ingat Allah SWT ingat diri kau dan anak-anak. Mudah-mudahn tuhan lembutkan hati dorang." Tu pesanan mama ahkak. Berhenti sekejap airmata ahkak.

Kenapa? kenapa baru sekarang mereka tunjukkan perangai mereka? Ahkak tahulah suami ahkak tu anak mereka. Tapi jangan la hasut untuk runtuhkan masjid yang kami bina. Astaghfirullahalazim. Sampai hati mereka marah anak mereka bersama ahkak. Ya..ahkak memang marah bila anak mereka balik ke rumah mereka. tapi marah bersebab...sebabnya ..suami balik senyap-senyap.

Baiklah...sudah dia cakap dia pilih keluarganya dan bukan ahkak. Memang la..keluarga lebih penting. Tapi jika keputusan keluarga itu untuk hancurkan sebuah masjid tanpa alasan kukuh...patutkah?Terpulanglah...tidak apa. Ahkak kena bersabar dan kena kuat. Anak-anak perlu perhatian... biarlah jika keluarga papanya membuang kami. Keluarga ahkak masih ada..dan lagi besar.

Apapun..sekali kesakitan dihiris pada hati ahkak, rasanya cukuplah. Sekali ucapan dilafaz...untuk kembali dirayu jauh sekali. Semoga Allah Swt kuatkan hati ahkak. Rakan-rakan blogger...ahkak mohon doa dan kata-kata semangat dari kalian.

Sekian dan wassalam. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...