...........tanpa tajuk.... - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

19 Julai 2013

...........tanpa tajuk....

wahai sang adam...

Jika kau rasa cara kamu itu sebagai menghukum.. maaflah, kamu bukannya tuhan Yang Esa. Kami sang hawa bukan untuk sewenang-wenangnya diperlakukan sesuka hati. 
Kami dijadikan dari tulang rusukmu yang bengkok. Jika kamu ingin membetulkannya buatlah cara yang halus ahar tidak patah. Jika kamu buat cara kasar memanglah 
patah jadinya. Fikirlah sendiri. Cara kamu melmbangkan keperibadian serta kematangan kamu.

Wahai Sang Adam...

Menyayangi dengan diiringi kata-kata kesat bukanlah namanya sayang. Jika benar adanya rasa sayang, tunjukkan dengan ucapan serta tingkahlaku yang sebenarnya. Bukan menyakiti!!!

Dan Wahai Sang Adam...

Jika kamu sudah ijab qabul, maknanya tanggungjawab iamu untuk melindungi kami sang hawa. Bukannya memperlakukan kami hingga ada rasa tidak selamat...

Apabila sudah menyakiti..sewenang-wenangnya kamu menghadiahkan kata maaf. Mengarahkan kita kembali seperti tiada apa yang berlaku.

Apapun TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA!!


Psssssstt...kau berjaya menyakiti hati ahkak. Tahniah! Setelah tutur kata kau susun dengan 'indah' buat ahkak...sehingga terguris lagi dan lagi..CUKUPLAH. Hanya dengan pengakuan kau bahawa kau memilih keluarga kau kerana kau hanya ada mereka (itu kata kau). Sedangkan anak-anak yang kau miliki kau lupa...bahawa kau juga ada mereka. Tidak perlu pun ingat pada ahkak ni...okey! Selepas kau maki hamun ahkak..kemudian  kau pergi pada keluarga kau. Sekarang bila keluarga.ahkak mahu bertemu dengan keluarga kau... kau mahu ahkak dan anak-anak balik macam tu saja. Jangan...sebab selepas ini ahkak tidak mahu terima hal  sebegini lagi. Biar kita berbincang dengan  keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...