KISAH si BIJAK MALAYSIA yang menipu - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

16 Julai 2013

KISAH si BIJAK MALAYSIA yang menipu


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum ni ahkak ada sebut pasal penipuan BIJAK MALAYSIA ni di SINI. Mungkin ada yang malas baca kisah sebelum ni...Sekarang genap sebulan sudah kes ni masih buat ahkak sakit jiwa..sakit hati...sakit jantung segala-gala sakit. INSURANS...sesiapa jual insurans memanglah agent tu dapat komisen setiap pembelian polisi. Tapi apa yang berlaku pada ahkak ni...pegawai bank yang juga merangkap pegawai insurans menipu ahkak. Caranya menipu? dengan mengatakan BIJAK MALAYSIA merupakan simpanan tetap, yang mana sambil menabung kita dilindung. Tu ayat pegawai tu. Jadi ahkak yang dalam kepala otak "SIMPANAN TETAP" mana syak apa-apa itu adalah insurans. 


Tahulah..sebelah meja kau tu ada pegawai bank iras-iras muka Farid Kamil. Tapi sila la jangan menipu! Apapun..ahkak ni tidak la sebijak mana tapi bukanlah sebodoh yang pegawai bank tu sangka. Maaf la yer...ahkak KENA buat aduan ke E Aduan juga. Sebelum ni sikit saja marah ahkak..sekarang dah lebih sebab wang ahkak tidak boleh dipulangkan. RM200..ya mungkin ada yang cakap apa sangatlah RM200 tu. Wang ini sangat bermakna sebab RM100 adalah wang customer Jamu Pesona Anggun ahkak..dan seratus lagi..duit ahkak la. Dari BR1M kedua dulu.


Tak puashati dengan E Aduan..ahkak buat aduan dengan NCCC.  sebab daripada testimoni di NCCC kebanyakannya mereka akan dapat semula gantirugi tersebut. Maka besarlah harapan ahkak untuk dapat semula gantirugi tu. 

Ha..sesiapa yang tidak tahu cara untuk membuat aduan tu boleh ke website tu. Di sana korang baca lah sendiri apa hak-hak kita sebagai pengguna. Kalau kes tipu beli online pun ada banyak testimoni di NCCC.
Tegakkan kebenaran untuk diri kita. Kita semua pengguna berhak untuk menuntut apa yang kita rugi kerana kecuaian pihak lain.

Sekian dulu...Opsss..sebelum tu singgah jenguk kempen di bawah





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...