BIJAK MALAYSIA..bijak la menipu!!! - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

02 Julai 2013

BIJAK MALAYSIA..bijak la menipu!!!

Sumber gambar ni ahkak google saja...(disebabkan kemarahan yang meluap-luap dengan benda bodoh ni)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ha..hari ini MG rasa marah sesangat. Sebab apa..sebab kena tipu. Macamana kena tipu? MAcamana tahu kena tipu? Yalah..ahkak ni dengan hati yang suci bersih masuk la ke bank tiger tu bulan lalu dengan tujuan buka akaun. (ha..siapa tidak kenal bank TIGER tu...lantak la...)
Masuk di sana (bank) tu memang lah aman damai sebab kurang sesak jika hendak dibandingkan dengan dua bank lain yang berdekatan. Pendek cerita...tujuan untuk buka akaun tu diganggu sikit oleh penerangan pegawai bank tentang TAWARAN dorang yang dipanggil BIJAK MALAYSIA. Bla..bla..bla..pegawai tu bagi penerangan. Sambil puan menyimpan puan juga dilindungi.
AHkak : Oooooo macam simpanan tetap ASB tu kah?
Pegawai : erk..em...lebih kurang la tapi lain sikit. Nanti puan boleh minta penerangan dengan pegawai kami di sana. (pegawai ensem tu pun antar ahkak ke meja pegawai BIJAK MALAYSIA)

Anehnya..setiap penerangan mereka ni bukan menunjukkan itu adalah INSURANS tapi simpanan tetap! Hari ini baru ahkak sedar benda tu insurans selepas duit dari akaun maybank dipotong dengan sesuka hati tanpa pemberitahuan langsung. Ahkak pun call la careline bank Tiger di KL. Dari sana baru ahkak tahu itu adalah INSURANS dan bukan SIMPANAN TETAP okey!

rasa sakit hati menyala-nyala saat dibagitau pasal insurans. Hey...ahkak dah berketul-ketul insurans diambik. Yang korang jual insurans tanpa bagitau hal sebenar apa kes? Sakit jiwa ker? ahkak atau pihak bak tu yang sakit jiwa? Alahai kalau pun nak orang beli insurans...TOLONGLAH bagi penerangan yang JUJUR!

Masa pemotongan pertama dulu ahkak datang tanya kenapa tiba-tiba lesap wang dari akaun aku? Pegawai tu selamba...ooo nanti saya hubung kamu balik dan bagi buku tu ya. Well..buku..buku apa? Kalau dia cakap itu POLISI ahkak tau la itu insurans. Ni cakap buku...ahkak ingatkan buku simpanan ker buku pelaburan ka...

huhuhu...rasanya entri ni kira terpanjang untuk tahun ni. okeylah ahkak sudahi dulu lemparan rasa sakit hati ni. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...