Resepi kuih untuk minum petang - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

30 Jun 2013

Resepi kuih untuk minum petang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat menikmati hujung minggu..besok sudah masuk kerja balik kan. MG ari ni sedang rajin..disebabkan kerajinan tu ada,maka MG menjemput-jemput pisang. Hikhik..sebenarnya buat kuih jemput-jemput pisang.

Resepi yang sangat mudah dan cepat. Enak dimakan la pulak...okey MG kongsikan resepi ringkas tu biarpun ramai yang sudah tahu..tapi baca saja ya.

Resepi jemput-jemput pisang

Sesisir pisang emas
Tepung gandum
Gula secukupnya
Secubit garam
Yis (mauripan)
Sedikit kelapa parut

Cara-caranya

Lecek 6 atau 8 biji pisang emas. Lebih pun boleh..lagi sedap banyak pisang. Masukkan gula, tepung, yis, dan kelapa parut. Sedikit garam. MG suka ada rasa masin-masin sikit..kalau korang tidak suka jangan letak garam. Kelapa parut pun boleh sekiranya tiada. Itu cuma tambahan saja.


tadaaaaa....kuih yang sudah siap.

kemudian..bolehlah dihidang untuk minum petang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...