KEK COKLAT MOIST KUKUS MUDAH - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

20 September 2012

KEK COKLAT MOIST KUKUS MUDAH

KEK COKLAT MOIST KUKUS MUDAH



Tempahan yang lalu dari kawan sepejabat. 

RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
sesudu esen vanilla
2 cawan gula
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung..lagi sedap)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair (Tak letak tak apa pun..tapi puan belog suka letak)
1 cawan air
3 biji telur

Caranya

Satukan tepung, koko, soda bikarbonat dan baking powder. Ayak bersama.

Satukan minyak,susu, gula dan air. Panaskan untuk hancurkan gula.

Pukul telur hingga berbuih. Puan belog pukul guna whisk aje.

Masukkan bahan yang dipanaskan tadi ke dalam bekas. Puan belog biarkan sekejap agar suam-suam. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak. Akhir sekali masukkan telur yang dipukul.Gaul sebati. kemudian kukus la. Selama 45 minit.

Ok..itu saja.Selamat mencuba. Lepas mencuba hiaslah ikut kreativiti korang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...