Maharku Untukmu - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

01 Julai 2012

Maharku Untukmu


Malam tadi layan cerekarama Maharku Untukmu. Cerita ni memang best cuma endingnya tak menarik la..sebab sedih la. Heronya mati. Sepanjang menonton drama ni...Watak Norish Karman ni memang buat aku geram. Sebelum ini aku sudah menonton drama lakonan Norish Karman yang dia jahat juga. Memang watak dia hidup betul bila jadi penjahat. Kalau dulu..aku memang paling geram tengok lakonan Azizah mahzan bila pegang watak jahat. Erm..sudah lama Norish Karman tidak muncul kan..jadi memang sesuai juga dia banyak keluar dalam mana-mana drama. Eh..sebelum ni terbaca kisah Norish karman ada lahirkan anak ..... N***h

Ok la...suka dengan watak Ady Putera juga. Biarpun dia dibuli-buli oleh isterinya dia tetap cool....Terus rasa jatuh hati padanya..kuakuakuakuak...



Sinopsis Drama Maharku Untukmu


Maharku Untukmu menceritakan seorang wanita bernama Tengku Aishah yang sombong, ego dan angkuh. Keluarga kayanya juga hanya mementingkan status, darjat dan mengumpul kekayaan sebanyak mungkin.


Putera pula seorang lelaki yang berperwatakan yang baik dan sopan. Apabila ayah Tengku Aishah, Tengku Hamid melihat ciri-ciri baik Putera, dia telah mengambil Putera bekerja sebagai pemandu.


Apa kisah seterusnya yang berlaku di antara Tengku Aishah dan Putera?


Drama Maharku Untukmu ini dibintangi oleh Adi Putra dan Nabila Huda sebagai teraju utama. Jangan lupa menonton drama menarik Maharku Untukmu di Slot Cerekarama , Sabtu, 30 Jun 2012 pukul 10 malam di TV3.

Maharku Untukmu Sinopsis

Sumber :BUZZERA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...