ADAB MINTA TOLONG... - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

07 April 2012

ADAB MINTA TOLONG...


Jom lihat apa yang menarik dalam 
ini





Gambar hiasan ini ditaja oleh MRSNORHOBI (ditaja konon..padahal aku copy gambar dia aje...ni aku bagi kredit kat dia la ni)


Normal bila kita minta bantuan atau pertolongan...dan memang normal jika orang lain minta bantuan kita. Jika kita ringan hati serta tulang pasti kita bantu tanpa banyak songeh kan....


Bagaimana jika ada manusia datang jumpa kita merayu-rayu minta tolong. Lepas tu kita tolong dia... bila sudah berkali-kali di tolong dan ada barang yang dia suruh guna semasa minta pertolongan itu rosak. Kemudian si perayu ni menuduh dibelakang (tapi sengaja juga bagi dengar si tempat yg dia merayu2 tadi) dengan mengatakan "siapa suruh bagi pinjam sama orang lain..tengok barang ni sudah rosak. Kalau dia tidak pinjam mesti tidak rosak.."


Tentulah yang tempat diminta tolong tadi akan terasa hati bila dengar kan. Padahal saudara sendiri juga. 


Sebenarnya...kalau sudah rosak pun kenapa la kau datang suruh orang ni minta buat aje...kan dia pakar buat kereta. Kau perempuan apasal bising-bising macam murai tercabut ekor. Lepas tu boleh-boleh la pulak kau biarkan budak yang selalu menumpang kereta kau tu balik dari sekolah kau tinggalkan macam tu saja?..(ops..tu bukan kereta kau..tapi bapak kau...)


Dan...itulah sebenarnya adab orang/saudara meminta pertolongan pada kita. Bila perlukan sangat-sangat pertolongan..merayu-rayu...tapi bila tidak dipedulikan suruh mak dia merayu..banggang kan... Malu la sikit...sudah minta tolong kau buat macam tu pada insan yang tolong kau tu. ni tak pasal-pasal kau kata dibelakang dan buat anak orang macam tu! Patutlah kau pegang pangkat ANDALUSIA (Anak Dara Lanjut Usia)


Apapun...jangan lupa tengok apa yang best di GIVEAWAY ini tau...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...