Satu Malam Perawan yang ganas.... - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

11 Februari 2012

Satu Malam Perawan yang ganas....



Malam ni baru dapat layan drama Satu Malam Perawan yang sepatutnya aku mau tengok pada 26 Januari lalu.  Lakonan Diana Danielle, Erin Malik, Shiela Rusly, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Cerita ni memang ganas juga la bagi aku...sebab budak perempuan pun kena belasah..ala watak Mira(Erin Malik) tu. 


Okey yang tu tak berapa penting..yang menarik perhatian aku adalah watak Wan Nor Azlin di drama ni. Eh..bukan dia pakai tudung ker? Pakai tudung yang nampak leher (macam dalam drama Qaleesya...) lepas tu drama yang ni terus buka tudung ker? Atau aku yang tak tahu drama ni drama lama sebelum dia pakai tudung dulu...

Dan watak Shiela Rusly sebagai Ibu Ayam yang bertudung...hohohhh...dia ni kalau berlakon memang semua jadik dan berkesan. Kalau watak baik..ha baik sangat la dia...ni kalau jahat...memang menyakitkan mata...




Gambar hiasan dan sinopsis drama ni dapat dari blog Anamarza

Sinopsis Satu Malam Perawan:



Aisyah (Dania Danielle) dan adiknya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba. 

Walaupun Badang mengawal ketat Aisyah, tetapi semangat Aisyah untuk melarikan diri mengatasi segalanya. Badang cuba menembak Aisyah, namun Badang juga telah ditembak oleh seorang sekuriti. Badang menemui mautnya di situ sementara Aisyah pula berjaya diselamatkan. Walau bagaimanapun, Aisyah menemui mautnya di hospital.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...