Novel ADAM DAN HAWA di adaptasi ke drama - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

09 Februari 2012

Novel ADAM DAN HAWA di adaptasi ke drama

Kredit di SINI

Erm..demam-demam Gemersik Kalbu dan Bicara Hati...Dan sedang menunggu tayangan drama Cinta Buat Emelda, ni satu lagi novel yang aku gemar bakal diadaptasi ke drama juga terbitan Global Station Sdn.Bhd 


Sinopsis belakang buku:


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.


Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Siapa pelakonnya...kena tunggu la...tapi yang sudah aku dapat tahu ADAM tu dibawa oleh incik Aaron...HAWA pulak..aku tak tau lagi. Tapi dalam hati berharap Rita Rudaini. Dah lama tak tengok dia berlakon. (huhuhu..kesian dengan masalah rumahtangga dia...ish..tetiba aku tidak gemar sama si Ayu Raudah)<---dorang kan berbiras...

Lepas ni kena ulangkaji(baca semula) novel ADAM & HAWA ni...untuk mengimbas semula kisah dan jalan ceritanya.

Korang boleh baca juga pasal ADAM & HAWA ni di blog Suhaili Sarif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...