Jenazah - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

23 Februari 2012

Jenazah



seperti pembuka mana-mana entri aku mau promo 
 anjuran



Salam...untuk makluman, ini adalah entri tertunda dari 21 Februari 2012 (Selasa)


Pada hari ini (21 Februari 2012) aku ada mengikuti kursus pengurusan jenazah anjuran JHEANS(Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah) <---kalau tidak silap la. Jabatan aku menghantar kakitangan yang sukarela nak pergi. Yang tak mo pergi tiada paksaan...

Biasanya program-program agama macam ni sangat kurang sambutan. Tak macam program hiburan..kadang-kadang kalau ada tiket..tiket tu habis dijual la...penuh dewan la..macam-macam. Program agama ni dibuat disurau IPD Balai Polis Ranau. Paling ramai adalah pelajar dan murid-murid sekolah. Peneyrtaan dari jabatan-jabatan memang ada..tapi kurang. Ala biasa la tu

Dipendekkan kisah ni...sebenarnya sepanjang kursus tu...apa yang aku dapat? selain tahu cara-cara mengurus jenazah ada sedikit rasa 'sayu' dalam hati aku...dalam diri aku.Tapi sukar aku nyatakan rasa tersebut dalam bentuk ayat. 

Teringat kata-kata ustazah yang beri ceramah tu. "Kita tidak tahu bila masa kita hendak 'PERGI'...mungkin hari ini kita berkursus, malam balik rumah dah jalan...Apapun yang kita kena ingat..MATI itu PASTI..cuma masanya yang kita tidak tahu"<---ok siyesly..aku sedikit tersentak dengan kata-kata ini. Tersentak bukan sebab apa...entahla..macam-macam difikiran aku. 

Akhir sekali...mohon maaf sebab entri ini tidak bergambar. harap Maklum tentang tu...sekian dulu.

Jangan lupa tau..singgah blog
dia ada anjurkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...