Novel Kasih Antara Kita di adaptasi ke drama [Cinta Buat Emelda] - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

09 Januari 2012

Novel Kasih Antara Kita di adaptasi ke drama [Cinta Buat Emelda]

Nak mencuba produk Loreal Paris?KLIK SINI


Musim...ya musim cerita dalam novel-novel di adaptasi ke drama dan movie. Selepas novel Bicara Hati yang menjadi novel kegemaran aku sudah diadaptasi ke drama..kini giliran novel Kasih Antara Kita karya Aleya Aneesa bakal ditayangkan di kaca tv. Channel apa..tu aku kurang pasti sebab baru tau pasal tajuknya di Ubah kepada Cinta Untuk Emelda. Terus terimbas watak-watak dalam novel ni dan bergegas mencari semula novel yang ada dalam simpanan. 

Okey...yang belum beli novel ni harus dan wajib beli..sebab cerita ni best sangat...Owh...pelakon kecik adalah adik Mia Sara yang sangat comel...


Kredit pada IZYAN




Gambar ini dari   SINI


Sinopsis belakang buku

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan
untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang
datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada
keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si
kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah
melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan
harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat
malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi
bila melibatkan perasaan orang lain."

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib
bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah
seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap
mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran
terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

"Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana
pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang
yang tiada taranya."

Lantas hati kecil Emelda bertanya, "Inikah balasan atas pengorbanan
yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?"

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata
tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. "Kalau benar sayang,
berusahalah untuk mendapatkan cintanya!"

RM 19.90
528 muka surat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...