Kasih Antara Kita - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

27 Januari 2012

Kasih Antara Kita

ehem..ehem...testing microfon. Pagi Jumaat ni, aku rasa kurang sihat. Satu...disebabkan tekak rasanya berkahak dan suara menjadi ala-ala penyanyi rock yang sakit. Kedua...rasa mual-mual dan ini bukan kisah mengandung. Aku mual sebab kahak yang berkumpul dekat tekak. Asal bercakap..rasa mau muntah saja...

Okey..beberapa hari ni aku melayan sebuah novel yang memang sudah habis dibaca beberapa tahun sudah.Oleh kerana novel ni akan diadaptasi ke drama maka aku dengan senang hatinya mengorek segala novel simpanan semata-mata mahu caari novel KASIH ANTARA KITA. 

novel ini mempunyai ketebalan 518 termasuk tinta penulis, dedakasi karya serta segmen ilmu. Da aku rasa sayang pulak hendak habiskan cepat-cepat...sebab masih mengimaginasikan siapa yang membawa watak Emelda, Aril Fatah,Emeriz, Enieza adik yang jahat mulut...dan si kembar Dania dan Atiea. Aril Fatah tu aku dapat imaginasikan Encik Aaron Aziz yang bawa...hheheehhe...Emelda pulak..hoho tidak dapat diimaginasikan siapa yang sesuai. Apapun tunggu saja la sehingga pengumumannya di keluarkan.


Sebagai penutup entri aku pinjam sebaris ayat ni dari cover novel KasihAntara Kita berbunyi " Panahan matamu mencairkan hatiku yang dah lama membeku "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...