Diari Atas Kulit Kayu...... - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

27 Januari 2012

Diari Atas Kulit Kayu......

Humko Hamise chura lo....<----ngahahahah tetiba nyanyi lagu hindustan MOHABBATIEN. Siapa pernah menonton filem ni? mustahil korang tidak tengok sebab ni Shah Rukh Khan yang berlakon...(peminat SRK confirm la tengok kan...) Ok..ok..ok..ni bukan pasal filem Bolly ...Tapi ni pasal tajuk entri di atas.

Dulu..teringat bila duduk di pondok atau dekat dengan pokok..mesti jumpa hasil karya begini---> Ayu LOVE Aziz 4Ever n Ever...I LOVE U Zira...Suzy Selamanya...Cintaku 100%...dan banyak lagi..Tapi yang cintaku 100% tu aku tipu. tu tajuk lagu tu.(Dangdut) Motif aku taip entri ni saja mahu mengimbas ingatan korang. Pernah jumpa 'Kejadian' seperti yang aku nyatakan tadi?

Heheheh..bukan apa..sekarang ni bila ada anak-anak dan teringat dengan penemuan tu rasa lucu dan bodoh saja yang menulis di atas batu la..dekat batang pokok la...tiang pondok la..atau memana yang biasa boleh diconteng. Sudah dilarang menconteng tapi diconteng jugak..

Sekarang?...huhu aku sudah lama tidak menemui kejadian seperti itu..Hihihi...yang aku temui cuma coretan di alam maya saja. Especially di laman muka buku. Korang pun tentu lihat sendiri..yang dilamun cinta mesti ayat dia penuh bunga setaman..yang keciwa penuh dengan hempedu selautan...ekekkeke...

Oke la...dengan itu aku akhiri entri pagi Jumaat ni dengan persembahan...DAUN MOHABBATIEN. Kenapa kena panggil daun mohabbatien? sebab ada dalam filem tu..atau kalau korang google aje taip daun mohabbatien, confirm la daun tu yang keluar...


Gambar hiasan di ambik dari SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...