DIA ATILIA = KUCH KUCH HOTA HAI - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

18 Januari 2012

DIA ATILIA = KUCH KUCH HOTA HAI

Nada...nada..cinta....(uis..apa pula aku tersasul dengan sinetron ni?)<---sinetron-sinetron aku tidak layan ok.

Ni..drama DIA ATILIA ni. Sebenar sudah lama ditayangkan tapi baru sekarang aku berpeluang layan cerita ni. Dulu masa kena tayang aku ada ikut juga beberapa episod dan dapat menangkap kisahnya seperti filem hindustan Kuch Kuch Hota Hai. Ala...yang ada Shah Rukh Khan dengan Kajol main basketball tu. Ha..yang drama ni pun sama juga main basketball dan dorang ni best friend. Perasan sudah kan...

Sebab apa baru sekarang aku dapat layan cerita ni? sebab masa siarannya adalah jam 1-2 pm. Ha..kan masa rehat tu. Aku pun dekat saja mau balik rumah...jadi dapat la menonton tv kan sambil makan tengahari kan..kan..kan...

Erm...masalahnya kalau dulu aku suka tengok Fasha Sanda berlakon walau apa jua watak dia bawak. Tapi sekarang ni aku lebih suka kalau dia tidak berlakon dengan mana-mana watak. Eheheheh..termasuk dalam drama ni. Zamarul Hisham aku suka tengok juga...Almy Nadia pun aku suka..sebab dia nampak comel aje.

okey la tu saja la....sekian dulu ya...



Psssssssst..kalau tidak suka dengan entri ni apa boleh buat ya..apapun selamat membaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...