CINTA BOLLYWOOD - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

16 Januari 2012

CINTA BOLLYWOOD

gambar hiasan dari SINI

ops..ini bukan entri movie bollywood okey...zaman kegemilangan bollywood dalam hidup aku sudah berlalu. Masa sekolah menengah dulu minat menonton movie Bollywood sebab terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang fanatik giler dengan movie Bollywood.

Okey motif entri ini adalah pasal pasangan yang bercinta macam atau sebijik macam cerita dalam movie hindustan. (cuma aksi berlari-lari serta tukar baju beberapa kali tiada..) yang paling sama adalah bercinta konon sehidup semati...bila keluarga si lelaki atau perempuan menghalang percintaan. Ha, mula la melarikan diri untuk berjuang demi cinta suci mereka konon.

Hakkkkkkktuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....cinta suci apa kalau pasangan ni berjuang demi cinta dengan berasmara? Lepas tu belum punya kerja ..adapun kerja setakat jaga kedai aje. Nak kahwin?!!! Siapa mau belanja kahwin nanti? Dan sekarang..sudah seorang dibuang kerja..yang seorang pun ikut berhenti..apa kess korang ni? Kalau ya pun sehati sejiwa, fikirlah yang korang tu mahu kahwin...lepas kahwin memang la berdua...tapi sampai bila korang berdua saja? esok-esok korang beranak-pinak...anak-anak tu siapa bagi makan kalau tiada kerja? Ha...aku rasa saat ni la si lelaki mula nampakkan perangai dia...Tak percaya? tunggu la...Lepas tu nanti macam dalam drama..si perempuan mengangkut anak-anak balik rumah mak bapa minta tolong. merayu minta maaf..menyesal tak dengar cakap..dan banyak lagi...

Huh...apapun semoga niat korang tu betul. Sebab berkahwin bulan sehari dua..bukan juga sebulan dua..apalagi setahun dua. Kalau setakat nafsu saja...tok sah la...ok la...berceramah panjang la pulak rasanya di hari Isnin ini...Ok..sekian dulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...