Aku, Dania dan Tempahan - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

23 Januari 2012

Aku, Dania dan Tempahan


Picture yang masih segar dari  lensa henpon...

Motif entri hari ini...saja-saja. Tengah surf internet cari idea deco kek untuk tempahan kek dan kuih-muih. Konon. Harus la comel-comel sebab untuk bebudak. Tapi kuih-muih tu tidak perlu la comel mana...eheheheh...biasa dapat tempahan kuih-muih macam karipap dan bantal peluk saloma a.k.a kuih ketayap.

Okey sebelum tu aku kisahkan gambar hiasan entri ni. Gambar tu aku dengan anak perempuan aku. Yang pertama la tu. Nama dia Dania Eryati.. Bulan mac ni genap 4 tahun la dia. Tapi aku sudah masukkan dia ke TABIKA. Papanya yang beria sangat. Sayang dengan sekolah lamanya..TASKA SAKINAH. Perkembangan Dania di sana cukup memberangsangkan. Terus terang..aku kurang yakin dengan kelebihan TABIKA kerajaan ni. Sebabnya aku lihat sendiri anak-anak buah (sebelah asben) hanya tahu mewarna dan mewarna..bila baca ABC (kengkadang nyanyi ABC<--- kalau Dania) tapi mereka belum tahu!

Apapun...harap dalam setahun percubaan di TABIKA ni...menampakkan hasil buat Dania. Bukan tidak di ajar di rumah...tapi (huhuhu...susah untuk aku luahkan...)

Okey la sekian...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...