Bicara Hati novel Damya Hanna diadaptasi ke drama - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

25 Disember 2011

Bicara Hati novel Damya Hanna diadaptasi ke drama


Gambar kredit dekat QISAHTULHAYATI

Sinopsis belakang novel BICARA HATI

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang dilanda buntu memikirkan cadangan ibunya yang ingin menjodohkan dirinya dengan seorang wanita pilihan yang bernama Linda. Seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran mula berkira-kira untuk meminta pertolongan wanita bertudung itu seterusnya menjadikan ia sebagai alasan agar tidak dikaitkan lagi dengan Linda. Biarpun Zahlia juga tidak pernah menarik minat di hati nuraninya, melihatkan wajah yang teduh dan penuh kelembutan itu telah menyebabkan Tengku Syahran sanggup menawarkan wang agar permintaannya di terima.Di samping itu, Tengku Syahran turut berjanji yang hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu sekiranya Zahlia sudi membantu.

Mungkin sudah takdir, dalam keterpaksaan keadaan, Zahlia menerima tawaran tersebut bersama hati yang berat. Namun ada beberapa syarat yang di kenakan dalam surat perjanjian perkahwinan yang mereka tandatangani secara rahsia. Apalagi hidup dalam perkahwinan yang tidak dirancang bersama insan yang tidak pernah disayangi, hanya merencanakan derita nurani yang dipendam sendiri oleh Zahlia.

Di saat dirinya sudah sah bergelar isteri, Tengku Syahran mula tampil bersama ego lelaki yang sebelumnya nampak terkawal. Zahlia rasa tertipu tetapi apakan daya, perkahwinan terpaksa diteruskan. Di sinilah timbulnya konflik dari pelbagai pihak. Kewujudan Linda yang menyimpan dendam dan kehadiran Raja Khalida yang tiba-tiba telah mengikat Zahlia untuk terus menyembunyikan diri. Siapakah Raja Khalida yang muncul secara tiba-tiba itu? Bagaimanakah penghujung perkahwinan Zahlia dan Tengku Syahran? Dan… benarkah hakikat bahawa perkahwinan di antara insan yang tidak pernah disayangi, tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan yang sememangnya adalah fitrah manusia ingin di cintai dan menyintai?

Novel ni novel pertama aku beli dengan duit gaji pertama aku. Hehehhe..haruslah rasa novel ini sangat istimewa sebab dijaga dengan penuh kasih sayang tambahan pulak jalan ceritanya sangat best...

Dan selepas novel KASIH YANG SUCI,TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEINDAH IMPIAN, TIADA LAGI MIMPI di adaptasi ke drama kini giliran novel Bicara Hati. Sebenarnya banyak novel juga yang aku tau sudah di dramakan. Macam Johan Johanna..Kau Sayangku..Kau Laksana Bulan....semua tu aku sudah habis baca.  Okey la tanpa membebel panjang ....

Drama Bicara Hati akan ke kaca tv, saluran Astro Prima, setiap selasa mulai 3  Jan 2012, 9.00 malam


Sinopsis Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Senarai Pelakon Bicara Hati
Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...