PHD: Perlukah menyakiti orang lain bila kita dengkikan seseorang? - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

02 Oktober 2011

PHD: Perlukah menyakiti orang lain bila kita dengkikan seseorang?

Ini kisah benar..kisah orang yang ada PHD...PHD di sini adalah Perasaan Hasad DENGKI yang melampau-lampau..


Hairan dengan manusia di zaman serba moden ni...masih ada yang gunakan cara kotor untuk 'jatuhkan' orang lain. Kenapa? Biar usianya sudah lanjut pun masih ada PHD terhadap orang. Walaupun rumah sudah kata pergi kubur kata mari pun masih buat benda yang dilarang Allah SWT. 

Cukup...selepas satu...satu didatangkan 'sakit' oleh orang itu kepada orang yang aku sayangi. Entah apa sebabnya orang itu buat macam tu? Lepas satu penyakit sembuh...dia 'kirimkan'  lagi penyakit yang lain. Apa kess wahai kau 'orang' buat macam tu?Keji la...cermin la muka sendiri dulu. Aku tidak berniat menuduh..tapi jika sudah ada sedikit buktimya apa lagi yang harus aku katakan?

Tidakkah korang rasa pelik..bila seseorang yang tidak pernah berbaik-baik dengan kita tetiba bertanya tentang kesihatan orang yang kita sayangi. dan orang yang kurang peramah itu sebenarnya 'terkenal' dengan perangai suka bagi 'penyakit' dekat orang lain? Tidakkah korang rasa semacam dengan orang itu? Owh..tahu pulak dia ada orang kurang sihat...kenapa dia bertanya? sebab jika sudah sihat dia akan sakitkan semula ...

Akhir sekali...semoga Allah SWT bukakan hati orang yang ada PHD tu dari berhenti melakukan kejahatan kepada orang lain...masih mood hairan..kenapa harus guna jalan 'HITAM'?Orang itu bertuhankan siapa sebenarnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...