HOSPITAL DIARAH MERAWAT PESAKIT LAMBATLAMBAT... - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

05 Oktober 2011

HOSPITAL DIARAH MERAWAT PESAKIT LAMBATLAMBAT...

Siapa yang arahkan?

Erm..malam tadi terpaksa menjenguk ke hospital sebab keadaan kesihatan yang 'suruh' ke sana. Masalah tonsil yang kian kritikal rasanya...hohoho..sungguh tersiksa dengan keadaan bila menelan pun rasa hendak pengsan satu badan. Terpaksa buang-buang air liur..(ludah le tu kan..) Tu pun terasa akan azabnya. Sakitnya alahai...macam hendak menelan berbotol-botol ubnat batuk bagi melegakan kesakitan.

Dipendekkan kisah, aku minta hantar ke Unit Kecemasan (ala..sebab waktu malam memang unit tu aje yang terima pesakit) Tapikan..aku tiba jam 8.25 malam...pesakit yang menunggu masih ramai dan tiada sesiapapun yang sedang dirawat. Tengok meja pendaftaran pun kosong. Okey...tunggu beberapa minit dan datang seorang staff. lakukan proses pendaftaran. sudah jam 8.30 malam. Huh...5 minit juga dia hendak mendaftarkan pesakit.

Tunggu punya tunggu...aku pun sudah keluar masuk tandas sebab balik-balik buang liur basi.Masih belum ada yang di panggil. Pelik. Mahu dikatakan sibuk semua pembantu perubatan di situ masa tu..tidak juga. Sebab mata aku melilau tengok gelagat mereka yang pura-pura 'BUSY' padahal duduk berborak pasak merancang percutian. Walhal pesakit belum ada yang diperiksa lagi.Apa kessss?

Masuk jam 9 malam baru seorang pesakit dipanggil dan pemeriksaan pun selama 15 minit! Nah ambik kau 15 minit...masih sabar...lepas selesai seorang pesakit duduk bersembang lagi dan ke hulu ke hilir macam busy sangat...padahal TIDAK. Sehingga la 9.30 malam..barulah 3 orang sekaligus pesakit dipanggil dan diperiksa ringkas saja. 

AYAT YANG AKU BIASA dengar masa masuk Unit Kecemasan nu

"Maaf la..kamu sakit macamana pun, kami tidak dapat berikan ubat malam ini. Kamu terpaksa ambik ubat dikaunter besok pagi..maaf, kami memang tiada simpanan stok yang mencukupi..." <----ya memang ini lah -tayat yang biasa aku dengar walaupun orang berlainan. Dari dulu...tapi...masih tertanya-tanya Unit ini dibuka untuk apa sebenarnya? Untuk terima yang kecemasan sahaja? seperti separuh mati...sakit jantung...kemalangan...dan banyak lagi? Lepas tu kalau ada yang benar-benar perlukan ubat malam tu macamana? Kalau sudah berkali-kali guna alasan tu, takkan la mereka masih biarkan stok ubat mereka terhad...

Kesimpulannya...aku sentiasa beranggapan bahawa pihak Hospital kerajaan ni SEMPURNA la...tapi...sedihnya bila macam ni. Patutlah ramai yang lebih suka ke klinik swasta. Disana kau diperiksa sepenuhnya dengan teliti. Yang hospital ni? kau ditanya kau sakit apa..lepas tu tulis-tulis nama ubat dan tu aje. Cukupkah? Itu pengalaman malam tadi menerima rawatan 'ISTIMEWA' dari hospital kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...