Bini-biniku Gangster macam muvie dari Korea la.... - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

11 Oktober 2011

Bini-biniku Gangster macam muvie dari Korea la....

Ya..perasan ker tidak? Tajuknya saja memang terus mengingatkan aku pada movie dari Korea. Ahahahahah...kenapa perlu ada Versi Malaysia juga? Huhuhu...Sahiezy Sam la pulak pelakonnya.Lepas tu bini-bininya pulak yang comel-comel...Cik Lulu a.k.a Siti Kelembai dan Ops..lupa plak nama yang bini satu tu..yang bibir dia cumil kecik aje...Siapakah? O ya...Intan ladyana pulak...

Belum menonton lagi muvie ni...cuma ingin luahkan saja yang teringat dengan muvie korea tu...eheheheh...jalan ceritanya tidak tahu sama atau tidak...Oleh sebab di tempat aku ni Pawagam pun nan hadoooooooooo...makanya tunggu review dari orang aje la...

Okey...sekian aje pasal BINI-BINIKU GANGSTER...

Sinopsis  ini dipetik dari SINI


Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.
Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja
Lagi satu ageda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.
Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...