TREND RUMAH TERBUKA SIAPA YANG MULAKAN? - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

09 September 2011

TREND RUMAH TERBUKA SIAPA YANG MULAKAN?

"ANDA DIJEMPUT KE RUMAH TERBUKA SAYA PADA TARIKH DAN MASA SEPERTI BERIKUT:


TARIKH: 01012020
MASA:1100-1600
TEMPAT: DEWAN ......."

Sudah berapa tahun tren RUMAH TERBUKA ni diamalkan? aku pun tidak kira...tapi macam lama sudah rasanya. Pada pendapat korang apa kelebihan rumah terbuka ni?

Ni pendapat aku la ye...dulu zaman kanak-kanak aku paling suka bila tiba hari raya. Hari raya terasa selama sebulan, tidak seperti sekarang. Mungkin ada yang beranggapan hari raya itu cuma Hari Raya Pertama hingga ketiga...atau mungkin juga sampai ketujuh...Kenapa anggap begitu? Apa yang buat terasa sekejap saja hari raya ni...masa orang buat rumah terbuka. kengkadang bila orang tu jemput kita datang rumah terbuka dia..dia akan kata...penutup hari raya. sedih aje aku dengar ayat penutup hari raya padahal baru masuk raya keempat.  Mungkin juga tidak semua orang macam tu...kan.

Hari raya juga...keluarga mama aku masih amalkan cara lama. Maksudnya tidak ada rumah terbuka pada hari tertentu di bulan syawal. Hari Raya pertama hingga ketujuh kalau orang datang pasti akan dihidangkan makanan juga. Tidak nasi..sekurang-kurangnya makanan tradisi masa raya..ketupat. Orang lain?Aku tidak tahu ...tapi aku pernah kena sekali hendak beraya di rumah teman tapi dia cakap dekat aku dengan kengkawan lain..."kami tidak buat rumah terbuka hari ini...." Ops...aku dengan kawan-kawan balik la lepas dapat ayat power gitu. hebatkan penangan RUMAH TERBUKA....

Sekarang...dimana-mana ayat RUMAH TERBUKA tu akan digunakan. Dari yang berpangkat dan .....konon sekali belanja aje kan...niat tu begitu ker?...hanya orang tu aje yang tahu dan Allah SWT...

Sekian...dan wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...