RAGAM ORANG DI HARI RAYA 2011 - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

05 September 2011

RAGAM ORANG DI HARI RAYA 2011

 

Masih dalam bulan Syawal lagi kita…kalau sebulan berpuasa..makanya sebulan la raya..eheheheh…Tapi jangan terover raya…Okey…hari ini sudah masuk kerja balik. Rata-rata ramai yang masuk office sudah hari ini. Selamat menjalankan tugasan ya..jangan malas-malas.

Erm, bercerita pasal raya 2011. Apa yang aku lihat depan mata aku sendiri dan yang saudara-mara cerita. Ini ada pelbagai ragam orang beraya…

RAGAM 1

Bebudak main mercun dan bunga api. Sudah dilarang tapi masih main jugak…dan ini adalah kisah benar yang berlaku dekat-dekat rumah mama aku juga. Budak tahun 5 ni hangus jarinya kena mercun. Bukan salah mercun..tapi salah budak dan mak bapak budak. Dan budak ni juga pepandai dia aje ubah sana sini mercun tu..dah hasilnya jarinya la…Orang lain main mercun dan bunga api juga tapi apa perlunya diubah sana sini? Mau tunjukkan mercun kau tu bunyik kuat atau berlagak? Yang mak bapaknya pulak biarkan saja….

 

RAGAM 2

Duit raya. Ha…keluarga aku masih amalkan agih-agih duit raya. Ni turun temurun la pulak..sedari aku kecil hingga ada dua orang anak…memang tak pernah hilang…untung jadi bebudak sebelah keluarga aku..huhuhu…orang lain aku tidak tahu….takkan aku tanya pulak…

 

RAGAM 3

Rumah terbuka…Ni memang sudah jadi trend…eheheheeh…Dan aku raya tahun ini tiada jumpa dengan rakan-rakan. Pergi beraya pun tidak. Asyik melayan karenah anak-anak yang sungguh aktif. Mohon maaf kepada rakan-rakan yang menjemput ke rumah terbuka tapi aku tidak menghadirkan diri. Ini la…bila kena jemput tidak datang…tapi aku bukan sengaja…

 

RAGAM 4

Baju raya…Baju raya haruslah glamer dari orang itu dan orang ini. Terutama cewek-cewek a.k.a sumandak-sumandak. Tapi pelik juga bila denngan cuping telinga ni dengar ayat macam ni “ EH, SAYA TIDAK PANDAI PAKAI BAJU KURUNG LA…MATI LA PAKAI BAJU KURUNG” ni ayat seorang awek yang aku dengar secara LANGSUNG. Pelik kan..bila ada juga orang MATI dan TIDAK TAHU pakai baju kurung. Yer la…namanya juga baju…ala..kau bukan pakai baju kebal pun…ni pakai baju kurung pun tak reti. Alasan konon kau tu brutal…konon-konon pakai baju kurung ni untuk mereka yang ayu saja…alahai…macam la budak tu bukan perempuan. Walhal punggung dah lebar…dada tu dah bidang…ngaku baju kurung tu untuk perempuan…walhal dia memang perempuan pon….

 

Erm…cukuplah dulu 4 ragam orang beraya yang aku jumpa tahun ni.sekian dulu….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...