JANGAN suka PIAT atau PULAS telinga anak-anak kecil... - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

07 Ogos 2011

JANGAN suka PIAT atau PULAS telinga anak-anak kecil...

Gambar hiasan dipinjam dari blog TALI LEHER KUNING

Korang diluar sana yang ada anak-anak kecik atau adik-adik kecil ...nakal ke adik-adik atau anak-anak anda tu? Huhuhu...aku ada seorang anak lelaki baru masuk umur 3 tahun dan sesungguhnya saaaaaaaaaaaaangat nakal dan degil. Bila kita larang dia buat sesuatu yang berbahaya dia gelak dan teruskan perbuatan tu. Sudah berkali-kali buat dan aku malas melarangnya dan terus membiarkan dia. Biar dia rasa apa kesan dari perbuatan dia sendiri.

Dan...ada juga orang tua yang mengambil jalan mudah dengan memiat telinga atau memulas telinga kerana kenakalan anak kecil itu. Ya..aku boleh buat tapi, sedari kecil aku dan adik-beradik yang lain tidak pernah dipiat telinga oleh mama dan bapa. Dan setelah beranak pinak ni, mama pesan "JANGAN SUKA PIAT TELINGA ANAK-ANAK KAMU, WALAUPUN DEGIL" 

Adakah kamu memulas telinga kanak-kanak? Jika ya...baik hentikan..sebab dengan memulas telinga kanak-kanak tidak akan mengurangkan kedegilan atau kenakalan kanak-kanak itu malah menambahkan lagi kenakalan dia. Jadi baik hentikan....SEGERA!!!!

Okey sekian untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...