Seth Tan a.k.a SETAN dalam NORA ELENA|| Kasih Yang Suci - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

10 Mei 2011

Seth Tan a.k.a SETAN dalam NORA ELENA|| Kasih Yang Suci


gambar ini dipetik dari belog Meen Zulaikha

Seingat saya novel ini saya baca pada tahun 2007. Sangat menyakitkan hati dengan perjalanan ceritanya. Bukan sakit hati sebab kurang menarik, tapi sangat sakit hati pada watak-watak serta jalan cerita yang seperti berlaku di depan mata. Terbayang-bayang setiap watak dalam novel tu macam Seth Tan dan Elena.

Tidak sangka Aaron Aziz yang pegang watak Seth Tan..kebetulan saya masih geram dengan Aaron sebab membunuh Nabila Huda dalam sebuah drama (lupa tajuknya...)Setakat episod pertama ni memang saya masih benci dengan Seth Tan..eekekek...walaupun dulu saya terminat sikit.

Okey, berbalik pada drama Nora Elena ni adalah adaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Siapa yang kaki novel mesti tahu kisah dari novel ni. Ohohoho...sudah 4 tahun lebih saya membaca dan masih mampu mengingati perjalanan kisah tu! Kalau ada exam, gerenti lulus cemerlang gemilang terbilang! Paling melekat adalah...Seth Tan dipanggil SETAN oleh Elena...

Dan tidak sabar menanti episod seterusnya. Rasa lebih berfaedah menonton drama adaptasi novel berbanding menonton sinetron...uuuuuuu...

Bah...apalagi, mari menonton drama Nora Elena setiap Isnin hingga Khamis Jam 7 malam di TV3..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...