Berimpian membuat ini....||Koleksi resepi - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

22 Mei 2011

Berimpian membuat ini....||Koleksi resepi

Bila agaknya dapat membuat kesemua ini? 'Mereka' ini sungguh sedap kelihatannya...wowowoow...teringin juga membuat macaron yang paling popular sekarang di blog CIKMIN. Saya tetiba teringin buat macaron sebab baca blog akak ni...huhuhu selain tergoda dengan kekiutan macaron ni...tidak percaya? Cubalah ke blog CIKMIN


Red Velvet Cupcake (RESEPI INI DIPETIK DARI SINI )



Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)



Bahan B 
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila 
3 biji telur grade A



Bahan C 
350ml UHT whiping cream/Yogurt 
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah 
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)



Topping Cream Cheese
250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream



Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang



Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan loyang/cawan kertas.
2.  Satukan bahan A, ketepikan.
3.  Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli.  Pukul hingga sebati.
4.  Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan dahulu.
5.  Cream Cheese :  Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6.  Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.



*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat.  Bakar selama 8-10 minit.  Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.


Puding Tembikai / Agar-agar Tembikai

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
350gm gula pasir
1000ml air
4 biji putih telur
1 sudu teh esen rose 


Hiasan
2 sudu teh pewarna merah (utk isi tembikai)
1 sudu teh pewarna hijau (utk kulit tembikai)
kismis / blackcurrent sebagai biji
berus untuk mewarna kulit tembikai 



Cara-cara :
1.  Basahkan mangkuk atau loyang.  Telengkupkan.




2.  Masak serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih. Masukkan esen rose dan tuangkan ke dalam mangkuk besar yang lain.
3.  Sementara itu, pukul putih telur hingga kembang.  Masukkan 1 senduk agar-agar panas ke dalamnya, putar hingga suam dan rata.




4.  Kemudian masukkan putih yang di pukul tadi sedikit demi sedikit ke dalam agar-agar sambil di putar menggunakan hand whisk perlahan-lahan hingga licin dan tidak berketul.




5.  Tuang adunan ke dalam mangkuk / loyang yang di basahkan tadi.
6.  Titikkan di tengahnya dengan 2 sudu kecil pewarna (tambah jika mau warna yg lebih terang).




7.  Untuk bahagian tengah tembikai, ambil lidi kacau membentuk bulatan, tetapi jangan sampai ke dasar mangkuk.  Kemudian atur kismis sebagai biji tembikai.





8.  Biarkan suam dan masukkan dulu di dalam peti sejuk hingga beku.
9.  Keluarkan agar-agar,  untuk kulitnya, celup berus ke dalam pewarna hijau dan warnakan bahagian luarnya sebagai kulit tembikai.  Biarkan pewarna mengering barulah di simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.



Apom Kastard

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri diayak
1/4 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil pewarna kuning
1 1/2 cawan susu segar
(tambah 1/2 cwn air jika adunan pekat, agak2 spt adunan pancake/dadar tpi jgn terlalu cair)
1 sudu besar marjerin, dicairkan

Inti Kastard
1/2 cawan gandum
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara :
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar, air, gula, yis, majerin cair dan pewarna gaul hingga sebati
2. Masukkan tepung, gaul rata dan kisar sekejap didalam pengisar, kemudian tapis. Perap adunan selama 1 - 2 jam (lebih lama lebih baik) sehingga adunan kelihatan berbuih.
3. Tuang 1 sendok adunan kemudian ratakan dan masak di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak. Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup. Adunan cepat masak jadi jangan biarkan terlalu lama nanti cepat hangus.
4. Apabila adunan masak, angkat dan letakkan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.
5. Untuk Inti : Satukan semua bahan inti, kemudian tapis. Masak di dalam periuk diatas api sederhana sehingga kental dan berkilat.
6. Apom akan menjadi semakin lembut apabila sejuk.
7. Inti boleh di ganti dengan jagung cream atau inti kaya.



Puding Karamel / Caramel Pudding



Bahan A (Gula hangus)
200 gm gula pasir
50 ml air



Bahan (B)
800 ml susu sejat Ideal / susu cair
120 gm gula kaster
8 biji telur A
20gm tepung kastard
20gm tepung jagung
2 sudu teh esen vanila



Cara Membuatnya :



1. Satukan bahan-bahan B dalam sebuah bekas dan pukul menggunakan hand whisk hingga sebati.
2. Masak gula hingga cair dan keperangan dengan api perlahan. Masukkan air dan kacau hingga semuanya cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang 8 inci yang telah di leser dengan majerin.
3. Tapiskan adunan B ke dalam loyang berisi karamel tadi.
4. Sediakan sebuah loyang 10 inci dan isikan air 1/3 bahagian. Masukkan loyang berisi adunan telur tadi ke dalamnya.
5. Bakar dalam oven secara steam bath selama 1 jam pada suhu 160C.
6. Setelah masak, sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam peti sejuk.
7. Untuk menghidang, terbalikkan loyang atas pinggan yang sesuai. Karamel hendaklah di bahagian atas. Hias dengan buah-buahan dalam tin jika suka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...