Asmara 2 Episod Akhir - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

30 Mei 2011

Asmara 2 Episod Akhir

Gambar dipetik dari SINI

Esok adalah episod akhir siri Lestary di TV3 iaitu Asmara 2. Dari mula saya memang layan kisah ini walaupun banyak episod saya ter'miss' sebab balik kampung asben. Asal balik kampung asben kompom tidak dapat layan TV sebab kena kontrol abis. Huhuhu..itu la baiknya ada rumah sendiri dan tv sendiri. Jangan menyusahkan orang..dan tidak bertengkar semata-mata mahu menonton raqncangan kegemaran masing-masing.

Okey kisah Asmara 2 ini...memang saya nantikan Zaliya dan Asmara kembali bersama. Cuma macamana dengan Melati? Ya..kalau mahu ending yang gembira haruslah kedua-duanya menerima antara satu dengan lain sebab Asmara tu suami mereka..ekekekek..(sesuka hati aje buat cerita) ha, akhirnya bapak si Zaliya tu kedapatan menembirang saja. Saya benci watak dia tu..sudah la muka dia tu bidak betul..ni perwatakan pun lagi terukssssssss..... 

Akhir sekali mereka jumpa juga Adam. Huhuhu...siapa yang culik tu? Lupa nama dia, sebab saya tidak gemar dengan pelakon tu...memang asal nampak dia berlakon jahat ke baik ke..bodoh ke...gila ke...saya memang tidak gemarkan muka dia tu. apasal dia jadi pelakon erk?

Apapun..mahu tahu kisah akhir dia, kenalah menonton malam selasa jam 9 malam...kita nantikan ending dia yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...