TIPS: Bijak Matematik - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

07 Mac 2011

TIPS: Bijak Matematik




Gambar adalah sumbangan mr.Google

Hari ini terasa mau bagi TIPS...huhu..macam la saya ni pandai sangat dengan kira-kira ni. Ohohoho...sesiapa ada tips untuk jadi pandai matematik..silalah kongsikan ya. Saya mahu belajar balik...supaya dapat jadi cikgu matematik...eheheh. 

Sebenarnya ini bukanlah entri tips. Saja jer tajuk tu...ini sebenarnya kisah kenapa saya sudah tidak bijak matematik. Sedangkan start darjah 4 hingga form 3 saya rasa saya bijak sedikit dari sekarang pasal kira-kira. Markah pun kalau tidak dapat A...dapat B..eheheh..kirta bijak la bah tu kan. Saya tidak kata saya tidak tahu mengira langsung..eheheeh...tahu la bah pasal kira duit, tapi kira pakai formula-formula ni..memang aku fail habis!

Ada kisah sebenarnya disebalik kenapa aku tidak bijak matematik. Ini terjadi masa saya form 3...pertengahan tahun bila guru matematik telah bertukar. Oh..Sikha mesti kau tahu kisah ini...kisah poligon ni memang maasih segar dalam ingatan. Okey...diringkaskan saja ya, saya paling tidak suka bila seorang cikgu mengatakan 'bodoh' pada anak murid dia. Dan itu la yang terjadi. Lepas tu cikgu suka pilih bulu...orang yang ada bulu saja dia suka..tiadalah...dia akan buat baik pada student yang dia gemar saja..lepas tu akan kata bodoh pada student yang dia kurang gemar. Adakah cikgu begitu? Ya..jawapannya adalah...ADA!!! Bukan seorang yang aku jumpa malah DUA.

Masa form 4...cikgu ni aku rasa dia lebih suka ajar bebudak lelaki dari perempuan.(Cikgu lelaki tapi DONAT) Adakah patut dia kata pelajar perempuan bodoh matematik. Ha..dalam kelas hanya 9 orang pelajar perempuan dan cikgu itu kata begitu. Lepas tu bila kitaorang minta tunjuk dia akan marah-marah. Jadi saya tidak suka dengan cara dia..buat saya rasa DOWN sungguh...Matematik subjek yang saya sukai dari sekolah rendah telah saya benci sebab kata-kata cikgu itu! Bapa saya dulu guru matematik...jadi saya suka bila bapa ajar saya matematik kerana saya cepat faham!

Kesimpulannya di sini...sesiapa yang ajar matematik atau apa jua subjek..janganlah buat pelajar macam tu dengan mengatakan BODOH...atau memilih pelajar mana yang disukai saja untuk diajar atau lebih perhatian. Jadi adil la bila anda memilih GURU sebagai bidang kerjaya anda..


Nota kelas tambahan hujung minggu: Bila korang kata BODOH..itu adalah satu doa juga...dan entri hari ini menggunakan tips yang diberikan oleh CIK YUYU ZULAIKHA. Bold kan perkataan...eheheheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...