tips untuk bijak Bahasa Inggeris silalah minum air rebusan kamus - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

02 Februari 2011

tips untuk bijak Bahasa Inggeris silalah minum air rebusan kamus

Bahasa Jiwa Bangsa..Gunalah bahasa kebangsaan kita. Ha, jangan jadi orang mat salleh sesat. Ngahahaha...aku selalu juga jumpa mat salleh sebenar. Ala, mereka ni datang melancong ditempat aku kerja...tapi tiadalah aku pergi bercakap sama dorang sebab dorang bukan bercakap sama aku juga.


Tetiba teringat masa aku form 5 dulu.Dalam kelas ada 38 orang pelajar, 8 orang adalah pelajar perempuan (termasuk aku la tu)...Tahun menduduki SPM konon. Jadi kisahnya begini, masa ujian semester tu subjek Bahasa Inggeris...adalah yang paling kawan-kawan aku kurang gemar. Sebab peratusan pelajar dikelas aku bercakap bahasa sungai dan dusun! Aku?Aku cakap melayu campur sikit dusun. Sebab aku bukan terer cakap dusun..ahahaha...Masalahnya timbul bila subjek BM dan BI..Paling teruk la BI. Nasib la cikgu masa tu sangat baik dan mesra alam. Namanya juga Miss Flora.

Okey masa hendak bagi balik keputusan ujian bahasa inggeris tu...kena umum la siapa markah terendah dan tertinggi. Tertinggi..sudah tentu bukan aku...terendah juga bukan aku..ahahah..aku ditahap yang sederhana bah. Jadi masa tu yang diumumkan adalah ada satu karangan yang bercampur bahasa dusun dan sungai! Aku tidak ingat apa perkataan yang kawan tu buat....tapi bila Miss Flora tanya dia kenapa dia letak bahasa sungai...si kawan menjawab "siapa suruh saya tidak pandai inggeris...selalu saya baca kamus pun masih juga tidak pandai. Mungkin  mau kasi rebus ini kamus dan saya minum air rebusan dia baru berkesan mungkin!" ha tu jawapan selamba badak sumbu si kawan. Miss Flora tidak marah malah tergelak.

Akhir kata...boleh pula dia mau rebus tu kamus...Dan adakah kalau selalu baca kamus boleh jadi pandai? lainlah kalau belajar spelling...klalau cara tu berkesan sudah ramai yang buat, malah kamus pun laku...ahahaha...Nama kawan aku ni Suratman. Entah mana sudah dia sekarang...sudah beranak pinak mungkin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...