Menang 13 helai jersi + RM600 + Medal (sebiji bola free) - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

27 Februari 2011

Menang 13 helai jersi + RM600 + Medal (sebiji bola free)

Sumbangan Mr.Google 

Hari ini ada mood apdet belog ni. Sepanjang dua hari ini sibuk..sibuk main bola sepak. Ha...ada gambar KFCM (Khairul Fahmi Che Mat) si penjaga gol Malaysia yang muka ada iras-iras Jepun. Erm..not bad la tengok dia ni. Malangnya aku sudah ada asben...KFCM sudah ada buah hati si JEJARI RUNCING.  Ngeheheheh..makanya kami tidak boleh bercinta..wahahahah..perasan jak la...

Wokey...hari ini cerita pasal bola sebab ada muka Khairul Fahmi Che Mat di belog ini. Tetiba terminat KFCM ni sejak Malaysia VS Indonesia yang di menangi oleh Malaysia seterusnya cuti umum!..Owh..aku suka bila ada cuti free...apalagi pasal bola ni.

Hari ini dan semalam telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah Piala UMNO Bahagian Ranau..aku join untuk Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Kinabalu. posisi  aku adalah...penyerang..wahahaha..sekali lagi rasa perasan melanda diri. Perasan kuat bertenaga macam harimau. Ceh...aku memilih untuk jadi simpanan aje. Sebab 'yakin' diri tidak kuat untuk berlari dalam padang. Karang ada yang pengsan. Disebabkan penjaga gol team aku cedera sehingga berjahit..huhu..jurulatih arahkan aku yang ganti posisi KFCM..a.k.a penjaga gol. Menggigil kau sana...Tiada pilihan lain dan cuma harapkan pertahanan yang kuat..ngahahahha...kalau tidak kompom pengsan kalau kena serang depan gawang. 
Okey cukup kisah tu...Apa yang penting..kami tempat ketiga. Dapat menang 13 helai jersi, RM600, Medal dan dapat sebiji bola free. Jersi sungguh cantik berkaler hijau. Okey tu aje.Syukur la kan...

nota kaki ayam: dalam kejohanan ni dapat bertemu dengan 4 orang pemain Malaysia (Wanita) yang berasal dari Ranau, Sabah. Memang mantap la mereka tu...terminat sekali lagi...

Suka dengan gambar jejari runcing dan KFCM kat bawah ni


Sumbangan Mr.Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...