Awas!!! Jangan Pakai Contact Lens… - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

07 Januari 2011

Awas!!! Jangan Pakai Contact Lens…

Ruby Red
3freshcolourlenssx4
Sekarang ini kalau aku berjalan-jalan ke mana saja aku nampak mata orang disekeliling aku berlainan kaler. Aku tengok dari warna kulit…bangsa dusun…tapi mata kaler biru la..hijau la…kelabu la…ohoohoho..kengkadang aku nampak macam mata ular saja…tapi berbadan manusia…
Hari tu ada makan malam di stesen Poring..Kawan aku yang seorang ini memakai kanta lekap kaler grey katanya…dia berbual dengan kawan aku lagi satu yang biasa pakai kanta lekap juga…Mereka saling bertanya kaler apa yang cantik dan menarik…aku cuma mendengar, tanpa ada rasa minat pun. Lalu aku di ajak memakai kanta lekap..mereka kata mata akan lagi cantik kalau pakai kanta lekap..huhu..(dalam hati…tidak bersyukur dengan anugerah yang Tuhan sudah beri…)hihihi…aku bagitahu mereka aku ni bodoh sikit bab pakai kanta ni..karang mata aku jadi buta nanti. hahahah..biar la mereka anggap aku berfikiran kolot…tapi sungguh mati..aku takut gunakan kanta lekap. Biar la aku tidak cantik seperti mereka yang memakai kanta lekap ni.
Dan tengah berblogwalking tadi aku menemui info yang menyokong pendapat aku sendiri..Pendapat yang aku imaginasikan sendiri…Akhirnya ada info yang sama seperti imaginasi aku…Untuk mereka yang tidak tahu kesannya atau mahu tahu sila la ke sini KANTA LEKAP MURAH
Pssssssssssssttttt..syukur la aku tidak rugipun tidak memakai kanta lekap…terima kasih kepada-Nya kerana menganugerahkan sepasang mata yang masih berfungsi dengan baik….Ustaz kata…bersyukur la dengan apa yang kita miliki..dan jangan sesuka hati mengubahnya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...